Friday, July 4, 2008

Uruslah Masa


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya pernah menyentuh tentang menguruskan masa dan hari ini saya ingin mengajak anda semua uruskan masa kita sendiri kerana kita tidak boleh menafikan yang kita akan melakukan banyak kerja dalam masa sehari. Walaupun kita seorang pelajar, walaupun kita seorang pensyarah, walaupun kita seorang jurutera atau sebagainya kita tetap memerlukan masa untuk bersama kawan-kawan, keluarga dan sebagainya. Sebenarnya masa memang anugerah Allah S.W.T. yang dikurniakan kepada semua makhluk, tetapi kita yang tidak pandai menggunakan masa sebaik-baiknya. Sampaikan Allah S.W.T. telah bersumpah bahawa demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian

Masa juga makhluk Allah S.W.T yang akan menjadi saksi kita di akhirat nanti dalam setiap perbuatan yang kita lakukan semasa di atas dunia. Jadi marilah kita uruslah masa kita.

Pada pendapat saya, pengurusan masa memerlukan jadual dan jadual setiap individu adalah berbeza-beza mengikut kesesuaian kecuali jadual kuliah atau jadual kelas. Terdapat banyak tip-tip dalam menguruskan masa tetapi kita perlu tentukan sendiri dan disiplinkan diri sendiri yang kuat untuk mengikut jadual yang kita rangkakan.

Perlaksanaan untuk mengikut jadual yang kita rancangkan memerlukan kesabaran, latihan, bersungguh-sungguh dan terpaksa melalui beberapa peringkat. Mungkin kita memerlukan banyak masa dalam merangka jadual kita sendiri pada peringkat awal dan ini mengambil banyak masa tetapi jangan risau kerana Insya-Allah saya rasa anda sendiri akan dapat cara yang sesuai dalam menguruskan masa sendiri kemudiannya.

Rujuklah buku-buku dan website yang menyediakan teknik menguruskan masa dan pilihlah cara yang sesuai untuk kita lakukan.


Sumber:

http://my.opera.com/azmibhr/blog/2007/07/26/mengurus-masa
http://www.hasrul.net/category/pengurusan-masa/
http://rampaiseri.wordpress.com/2008/03/02/pengurusan-masa-cerminkan-kualiti-hidup/
http://www.motivasibelajar.com/motivasi/teknik-pengurusan-masa-4.html
http://www.mindtools.com/pages/main/newMN_HTE.htm
http://www.time-management-guide.com/

Khalid Mohamad Nor(2006). Belajar Teknik Belajar. Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Hanafi Islmai(2005). Pengurusan Masa Pelajar.Kuala Lupur: Al-Hidayah

Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...

Kita bukan bersedia untuk gagal tetapi gagal iuntuk bersedia

Gambar dari www.time.com

No comments:

Post a Comment