Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah saya dah sampai ke Batu Pahat pagi ini dengan selamat. Banyak kerja yang perlu saya selesaikan sebelum minggu hadapan, sebab tu saya datang awal sikit dan saya memang jenis kalau cuti akan bercuti sungguh-sungguh dan kerja-kerja yang mesti saya siapkan akan turut tergendala. Pengalaman cuti memang menarik dan dapat merestart minda saya untuk memikirkan tugasan saya perlu bereskan semester ini.
Satu kekuatan dalaman yang sangat saya perlukan masa ini untuk memulakan kerja-kerja yang terbengkalai dan ada yang masih belum dimulakan lagi. Jadi, saya pengaruhkan minda untuk meyakinkan diri yang saya boleh buat dan mesti buat kerja.
Lama juga saya fikir... Alhamdulillah terlintas diminda untuk menulis sesuatu yang boleh dikongsi dengan pembaca dan secara tidak langsung mempengaruhi dan merangsang minda saya sendiri. Idea yang saya kutip adalah daripada sebuah buku yang bertajuk Keyakinan Diri karangan Ahmad Radzi Adil.
Setiap individu, didominasikan oleh pemikiran yang dikuasai fikirannya. Daya pendorong motivasi yang mengarahkan dan mengawal pergerakan boleh dilakukan dengan pemikiran dan rasa simpati dan dipadukan dengan satu emosi yang lebih.
Pemikiran yang dipadukan dengan salah satu rasa emosi merupakan satu daya "megnet" yang menarik pemikiran lain yang serupa atau berhubungan.
Perancangan atau matlamat boleh ditanam dalam fikiran dan maklumat ini disampaikan dengan mudah dan boleh ditempatkan dalam fikiran menerusi pengulangan fikiran.
Oleh yang demikian, kita digalakkan menulis pernyataan tentang matlamat utama kita, atau sasaran yang pasti, meletaknya dalam ingatan dan mengulangi dengan kata-kata yang boleh didengar, hari demi hari sampai getaran suara ini mencapai
fikiran bawah sedar.Dari itu, sama-samalah kita bertekad untuk membuang pengaruh lingkungan yang tidak menguntungkan, dan binalah kehidupan yang teratur. Dengan meninjau modal dan tanggungjawab mental anda akan menemukan bahawa kelemahan kita yang paling besar ialah kurangnya keyakinan diri sendiri.
Kekurangan ini boleh diatasi dengan pelbagai cara seperti dorongan peribadi iaitu pengaturan sederhana suatu pemikiran positif yang dinyatakan secara tertulis, mengingat-ingat dan mengulanginya sehingga menjadi bahagian dari peralatan kerja
fikiran bawah sedar.Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...
Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
SAYIDINA UMAR AL KHATTAB
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Mencari Keyakinan Diri"
Post a Comment