Assalamualaikum dan salam sejahtera...Pembaca yang saya kasihi sekalian. Terima Kasih kerana kunjungan anda ke blog ini. Tetapi saya terpaksa berhenti untuk beberapa hari kerana InsyaAllah esok saya akan balik kampung (Perak). Kejap betul masa berlalu, dah lama saya tak balik kampung. Mak abah dan adik-adik memang tertunggu-tunggu saya di kampung. Memang saya rindukan mak abah.
Memang saya rindukan adik-adik. Memang saya rindukan tok yang dah uzur. Memang saya rindukan toklang yang setahun lebih terlantar kerana strok. Saya rindukan semua yang saya sayang. Memang saya rindukan kampung halaman. Saya rindukan tempat dan suasana saya dibesarkan. Rindu itu anugerah dan rindu itu indah. Rindu yang agung ialah rindu Allah. Saya hanya fikirkan nak balik kampung. Mari kita hayati maksud tersurat dan tersirat daripada lirik nasyid ini.
Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera Merindukan tertegaknya Kalimah Allah di muka bumi Dan dalam merindukannya Keampunan Tuhannya Dan seluruh umat itu Merindukan cahaya Yang menyinari kehidupan Rindu pada Tuhan
Hijjaz: Rindu
Saya belum pasti berapa hari akan saya menetap di kampung. InsyaAllah lepas saya kembali ke Johor ni akan saya kemas kini blog kesayangan saya ni.
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal..
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
(Hamka).
Artikel berkaitan yang lainnya:
assalamualaikum....
ReplyDeletesiapa yang tak rindukan family sendiri..alhamdulillah, walaupun hanya dua hri sempat bersama parent,tapi amat bermakna sekali, insyaAllah, moga Allah pjgkan umurku untuk bertemu keluarga di lebaran yang akan dtg ini..
ku amat merindui Keluargaku.!!
Salam..
ReplyDeleteTQ..Rindu itu anugerah Allah yang perlu disyukuri..
Semakin kita bersyukur..Allah akan menambah nikmat