Sunday, August 10, 2008

Persengketaan Tubuh Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Gambar dari:Kinibooks

Saya tidak berkesempatan untuk mengepos entri semalam kerana saya sampai ke Parit Raja sudah lewat pagi. Saya agak keletihan dan mengantuk, apalagi saya terus tidur.

Hari ini saya dan rakan-rakan pergi menziarahi jenazah atuk seorang kawan dekat Air Hitam. Satu keinsafan yang menyentuh benak hati. Tiada yang kekal abadi melainkan Allah S.W.T.

Bagaimana seronok kita atas dunia ini, mati merupakan penghujung hayat kita. Bagaimana megahnya kita atas dunia ini, sampai ketika kematian kita tetap memerlukan pertolongan orang lain untuk menguruskan jenazah kita. Banyak lagi persoalan yang perlu kita bersiap sedia kerana kita semua akan tiba masanya. Di kesempatan yang ada, bersediakah kita dengan bekalan untuk kita kembali ke rahmatullah?

Semasa di atas dunia, sering berlaku persengkataan antara individu dengan individu atau kumpulan dengan kumpulan kerana manusia tidak selamanya sefahaman atau sependapat. Tetapi kita tidak menyedari tentang persengketaan antara tubuh badan dan diri sendiri.

Sebenarnya segala perlakuan jasad akan didedahkan pada hari akhirat nanti dan manusia akan bersengketa dengan diri sendiri sekiranya perbuatan mungkar yang dilakukan semasa di dunia. Boleh rujuk surah yang sering dibaca pada malam Jumaat iaitu Yaasin:65 di mana Allah S.W.T. menjelaskan bahawa semua anggota akan bersuara kecuali mulut dan anggota tidak akan bersekongkol dengan anggota lain untuk menyatakan kebenaran.

Anggota tubuh tidak akan mengkhianati terhadap diri sendiri di hari pebicaraan depan Allah S.W.T. Kejujuran anggota tubuh hanya akan memberi keuntungan terhadap ahli kebajikan dan orang yang beramal soleh. Segala kebajikan telahpun dicatat oleh malaikat yang berutgas.

Sebaliknya, ahli maksiat akan mendapat padah yang buruk kerana tubuh badan akan berkata dengan benar dan jujur. Di akhirat nanti orang yang berasa malang dengan pengakuan tubuh badan akan menyumpah dan mengherdik tubuh mereka sendiri. " Pergi jahanam wahai anggota yang tidak mengenang budi. Aku bekerja keras untuk mencari rezeki bagi memelihara tubh badan supaya sihat dan cegas serta terhindar dari penyakit. Inikah balasan mu setelah kebaikan yang aku lakukan terhadap dirimu"

Sumber:

Nik Aziz Nik Mat(2007). Nota Kepada Diri.Kuala Lumpur. Harakah

Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...

Perasaan takut timbul sehingga bertemu dengan hati tenteram,lebih baik daripada tenteram yang kemudiannya menimbulkan takut.

No comments:

Post a Comment