Sunday, August 31, 2008

Ramadhan Menjelma Lagi



Gambar dari: sisi lain
Alhamdulillah syukur yang tidak tehingga, Allah SWT masih memberi ruang dan hayat untuk menikmati kedatangan bulan umat yang penuh ke rahmatan dan keberkatan. Ini lah peluang untuk kita mendidik diri supaya menjadi lebih mantap rohani dan jasmani. Masa dibulan Ramadhan Al-Mubarrak ini merupakan peluang yang sangat dinantikan oleh golongan arifin dan kita juga seharusnya jangan melepaskan peluang ini. Mudah-mudahan Ramadhan yang bakal kunjung tahun ini memberi sinar yang penuh bermakna untuk kita semua dan kita perlu manfaatkan sepenuhnya untuk menambahkan ilmu dan latihan amalan supaya selepas kita tamat dari sekolah Ramadhan ini dapat membentuk rohani dan jasmani kita yang lebih kukuh dan target kita ialah menjadi insan berTakwa.

Serba sedikit saya ingin kongsikan dalam berkenaan dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya rasa kita perlu tarik kecerdasan intelektual, emosi dan spiritual kita supaya terpengaruh dengan bulan Ramadhan dengan banyakkan membaca, mendengar kuliah, berdiskusi berkenaan bulan Ramadhan kerana 11 bulan telah kita tinggalkan bulan ini dan saat yang dinanti-nanti telah tiba.

Kita sering mendengar bahawa terdapat banyak kelebihan dan anugerah yang Allah SWT kurniakan kepada hambanya dibulan Ramdhan daan memberi ruang dan peluang untuk kita berbuat amal kebaikan, mendapatkan keberkatan, mengerjakan ibadah dan mentaati perintah Allah SWT.

Bulan yang penuh dengan kebesaran, musim kemuliaan dimana kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan berlipat kali ganda dan segala keburukan akan menjadi lebih keji berbanding bulan lain. Pintu syurga akan dibuka manakala pintu neraka akan ditutup dan taubat orang berdosa akan diterima.

Bulan ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
Awalan (Kerahmatan-Belas Kasihan)
Pertengahan (Kemaafan)
Penghujunganya (Penebusan Api Neraka)

Justeru, limpahkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana adanya musim yang penuh kebaikan, rahmat, rezeki, dan kebajikan kepada kita. Penuhilah bulan yang berkat ini dengan amal ibadat dan meninggalkan segala yang haram agar kamu memperoleh kebahagiaan kesejahteran di akhirat.

Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...

3 comments:

  1. Saya mau ngucapin :
    Selamat menunaikan ibadah puasa, mohon maaf lahir & batin, semoga ibadah dan amal soleh yang anda lakukan di terima oleh Allah S.W.T.

    Sekalian, saya mau ngedukung mas, walaupun kita puasa kita tetap harus belajar dan bekerja.

    Oh, iya, ini alamat web saya :
    http://masridho.com

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak..
    semoga kita semua diberkati Allah selalu =)

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan ..semoga amalan kita diterima Nya.

    ReplyDelete