Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Gambar dari: menadah kitab
Formula seterusnya ialah tiang dan bangunan takwa. Menurut Said Hawa, takwa mempunyai tiang-tiang asas serta bangunannya.
Tiang-tiang asas - iman, solat,menafkahkan harta
Bangunannya - kepatuhan berpandukan Kitab Allah SWT
Selain itu, ciri orang beriman (bertakwa) ialah percaya kepada perkara ghaib yang mana akan meningkatkan kecekalan dan hebat. Kepercayaan ini menjadikan umat Islam mampu mengharungi penderitaan semasa diboikot ekonomi selama tiga tahun di Mekah. Umat Islam juga menjadi berani menghadapi musuh walaupun jumlah musuh lebih daripada jumlah mereka.
Pengaruh kepercayaan kepada Allah SWT dan alam ghaib sangat memberi pengaruh dalam kehidupan umat Islam. Kepercayaan ini turut mampu menghilangkan perasaan kecewa dan putus asa semasa diuji. Hal ini kerana umat Islam yakin bahawa Allah SWT maha adil walau apa pun kezaliman yang berlaku pada hari ini.
Marilah kita menuntut ilmu dan beramal...
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjungsehingga ia mula bercakap kosong
No comments:
Post a Comment