Thursday, September 11, 2008

Formula Cemerlang 2


Gambar dari:cincha

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya ingin menyambung tentang formula kecemerlangan indivudu nukilan Dr Danial Zainal Abidin.

Formula Cemerlang 2 bertajuk meledakkan takwa. Kita ambil contoh, seorang budak melihat belon di pasaraya atau dimana tapak ekspo, pasar dan sebagainya boleh terbang tinggi apabila dimasukkan angin. Dia cuba membeli belon dari kedai dan meniupkan angin tetapi belon tersebut tidak dapat naik malah jatuh ke bumi.

Adatnya untuk menaikkan belon tu terbang tinggi memerlukan gas helium tetapi budak itu menggunakkan gas karbon dioksida.

Ibarat belon ini boleh di samakan dengan manusia yang mana aspek dalaman boleh menentukan seseorang itu menuju ke arah keamanan atau kehancuran. Untuk 'terbang' tinggi menuju kemuliaan manusia memerlukan helium yang khusus iaitu takwa. Maka takwa menjadi mulia yang mesti dicari manusia untuk mendapat redha ALLAH SWT.

Berpuasa juga boleh membawa kepada takwa. Kalau kita lihat terjemahan Al-Quran, banyak ibadah yang diperintah Allah SWT akan diikuti dengan ...mudah-mudahan tergolong dalam kalangan orang bertakwa.

Marilah kita menuntut ilmu dan beramal

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

No comments:

Post a Comment