Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima Kasih kepada pengunjung yang tidak jemu-jemu ke blog saya ini. Semoga kita mendapat manfaat bersama. Formula cemerlang seterusanya bertajuk Hati Tapak Semaian Asas.
Nabi SAW pernah bersabda kepada sahabat baginda, "Takwa itu di sini (dan baginda terus menunjukkan kepada dada baginda)."
Kegemilangan umat Islam kerana bermula langkar daripada hati. Oleh itu, sangat dituntut ke atas orang Islam menghiasi hati mereka dengan ketakwaan kepada Allah.
Imam Ghazali menyatakan dalam Ihya Ulumuddin iaitu, hati merupakan raja bagi manusia. Sebagai raja, dia memerlukan tentera untuk melaksanakan kehendaknya. Tentera-tentera ini di kenali sebagai unsur zahir dan batin.
Tentera zahir ialah segala anggota badan yang dikurniakan kepada manusia. Tentera batin ialah nafsu syahwat dan marah di samping ilmu, hikmat dan kebijaksanaan. Nafsu syahwat mampu memainkan peranan sama ada membantu hati atau menghancurkan hati. Lantaran itu, hati perlukan ilmu dan hikmat supaya dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang bagi melaksanakan perkara-perkara yang manfaat sahaja.
Ilmu yang paling mulia ialah ilmu tentang Allah SWT dan keagunganNYA. Penguasaan ilmu ini dan keyakinan yang lahir daripadanya berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Ilmu perlu diperolehi dengan cara yang bersungguh-sungguh sehingga dapat mengenali sifat yang wajib, harus dan mustahil bagi Allah SWT pada peringkat awal.
Namun, tahap yang paling tinggi, ilmu dan keyakinan terhadap Allah SWT terhasil daripada penglihatan mata hati yang dikurniaakan Allah SWT.
Saya bukan ahli atau orang yang layak untuk berbicara tentang peringkat ilmu ini, hendaklah kita mencari dan mendapatkan pengetahuan yang mendalam daripada orang yang lebih layak untuk meningkatkan kefahaman dan memudahkan kita beramal.
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal
Ilmu adalah warisan Nabi, sebaliknya harta adalah warisan Firaun. Sebagaimana Nabi lebih unggul daripada Firaun, maka ilmu lebih baik daripada harta.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Formula Cemerlang 2a"
Post a Comment