Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya sedang berada di penghujung semester dan sedang berusaha menyiapkan tugasan-tugasan serta projek sarjana. Kadang-kadang menyebabkan saya kecelaruan dalam menguruskan masa sehingga saya tidak berkesempatan untuk menjengok dan meluangkan masa menulis dalam blog ini. Namun, saya tetap akan berusaha menyediakan masa untuk blog ini InsyaAllah. Terima Kasih kepada pengunjung-pengunjung yang tidak jemu-jemu bertandang ke blog ini, mudah-mudahan kita dirahmati Allah SWT.
Saya teruskan dengan perbincangan tentang formula cemerlang yang seterusnya iaitu 4 Sifat Hati.
Imam Ghazali menyatakan hati menyerupai 4 sifat iaitu:
- buas
- binatang
- syaitan
- Tuhan
Apabila manusia dikuasai perasaan marah menyebabkan lahirnya sifat buas, bermusuhan, bersengketa, menyerang dan maki hamun.
Apabila manusia dikuasai nafsu syahwat melahirkan sifat binatang dan terserlah kerakusan, ketamakan, keangkuhan dan sifat mementingkan diri sendiri.
Sekiranya sifat syaitan menguasai hati, semua kehebatan yang ada dalam diri akan disalah gunakan oleh manusia seperti akan wujud perbuatan menipu, putar belit dan sebagainya.
Namun, sifat-sifat buruk di atas dapat di atasi dengan penguasaan sifat Tuhan kerana sifat ketuahanan akan membawa seseorang itu mencari kemuliaan, kekuasaan, kemerdekaan, keilmuan, dan juga keunggulan.
Contoh yang nyata ialah Firaun, dia mempunyai kuasa, hebat dan merdeka dan ini merupakan sifat Tuhan yang baik. Di sebabkan sifat-sifat syaitan menguasai diri dia menggunakan ke arah kemungkaran.
Oleh itu, kita perlu meledakkan sifat keTuhanan untuk kebaikan dengan ilmu, hikmat dan keyakinan kepada Allah SWT.
Marilah kita menuntut ilmu dan beramal..
Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.
Belum ada komen untuk "Formula Cemerlang 2b"
Post a Comment