Wednesday, September 24, 2008

Formula Cemerlang 2g

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Gambar dari: pangsapuriidaman

Kita teruskan dengan formula yang ke 17 iaitu baja muhasabah dan taubat. Takwa mempunyai baja dan apabila ramuan yang sesuai digunakan, takwa hidup dengan subur. Antara baja untuk menyuburkan takwa ialah muhasabh dan taubat. Muhasabah perlu dilakukan sentiasa oleh umat Islam.

Persoalan untuk muhasabah diri yang boleh dilontarkan pada diri ialah:
  1. Adakah saya menyedari ilmu adalah pintu gerbang segala kebaikan?
  2. Quran adalah penawar dan rahmat bagi manusia. Justeru, adakah saya membaca Quran setiap hari dan menjadikannya amalan harian?
  3. Adakah saya berusaha memahami ayat-ayat Quran yang saya baca?
  4. Adakah saya meyakini segala ketetapan Allah SWT di dalam Quran relevan dan sesuai dilaksanakan pada hari ini?
  5. Adakah saya berbangga dengan ajaran Islam dan berazam menjadikannya cara hidup saya?
  6. Adakah saya sentiasa beribadah yang diwajibkan ke atas diri saya seperti solat, puasa yang diwajibkan ke atas diri saya seperti solat, puasa bulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan seumpamanya dengan istiqamah?
  7. Adakah saya memuja isme, budaya dan cara hidup golongan yang bukan Islam?
  8. Adakah saya pernah menzalimi hamba-hamba Allah atau membantu orang yang menzalimi hamba-hambaNYA?
  9. Adakah saya pernah menzalimi orang bukan Islam yang tidak memusuhi Islam?
  10. Adakah saya mudah berburuk sangka dan suka mencari kesalahan orang lain?
  11. Adakah saya memberikan masa mendidik anak-anak saya di samping menunjukkan contoh yang baik kepada mereka?
Muhasabah yang dilakukan dengan ikhlas melahirkan rasa insaf di hati. Keinsafan melahirkan taubat. Taubat yang hakiki adalah taubat nasuha.

Allah SWT sangat mengasihi orang yang berani mengakui kesalahan diri dan bertaubat dan ini merupakan langkah penting untuk berjaya dunia dan akhirat.

Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...

Taubat ialah langkah permulaan bagi mereka yang ingin berjalan mencari keredhaan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment