Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Gambar dari:Ini Buku anak
Saya ingin bercerita sedikit tentang kecerdasan yang Allah SWT kurnia kepada kita. Kecerdasan merupakan satu konsep yang abstrak. Konsep ini bersifat dinamik dan mengandungi pelbagai dimensi yang saling berkait antara satu sama lain. Teori pintar cerdas yang berteraskan perspektif bersepadu sejagat melihat kecerdasan dari sudut yang menyeluruh dan bersepadu. Misalnya, teori kecerdasan yang berpusatkan Allah SWT, Pencipta, Penguasa, dan Pengurus seluruh alam, serta berorientasikan cantuman kekuatan akidah, kekuatan ilmu, dan kekuatan amal soleh memberi fokus kepada pembangunan insan yang berlandaskan proses takziyah. Secara kasar, takziyah merujuk proses persucian atau penjernihan melalui aktiviti pertumbuhan dan perkembangan diri (Said Hawwa, 1992).
Sumber:
Nik Azis Nik Pa (1999). Potensi Intelek. Dewan Bahasa & Pustaka.
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yangtingginya enam kaki
No comments:
Post a Comment