Alhamdulillah...syukur, saya telah pun menghantar penjilidan laporan projek sarjana dalam bentuk kulit keras (hardcover) petang Rabu yang lepas. Semoga Allah SWT memberi kejayaan kepada saya dan kita semua. Walaubagaimanapun kerja-kerja saya dengan Fakulti Pendidikan Teknikal UTHM belum selesai kerana saya masih perlu menyempurnakan Latihan Mengajar di Politeknik Seberang Perai yang akan bermula pada Isnin hadapan. InsyaAllah malam ini saya akan balik ke kampung bertemu keluarga dan kemudian baru berangkat ke Pulau Pinang. Semoga Allah SWT memberikan saya kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Di sepanjang saya menyiapkan tugas-tugas untuk sarjana, saya sering teringatkan blog saya ini yang telah sekian lama tidak dikemaskini. Saya risau kalau saya sudah hilang semangat untuk terus belajar menulis. Saya betul-betul bersemangat pada pertama kali mendaftarkan diri untuk membangunkan blog ini. Saya fikir, berblog merupakan aktiviti sihat yang sangat bermanfaat, jika pandai menggunakannya dengan baik dan atas tujuan yang baik. Antara kelebihannya ialah salah satu kaedah yang baik untuk meningkatkan kreativiti diri. Sering kali saya membuka blog saya ini semasa menjalankan tugas-tugas saya walaupun tidak menghantar apa entri.
Berhari-hari saya buka blog saya ini dengan hanya sekadar melihat apa yang telah saya buat dan hari ini saya paksa hati, otak dan jari saya untuk bekerja bagi menulis sesuatu yang tersirat di hati untuk blog saya ini.
Semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk saya teruskan dengan menulis sesuatu yang bermanfaat untuk saya dan juga orang lain. Marilah kita terus berkongsi untuk menyampai kebesaran Allah SWT.
Marilah kita terus menuntut ilmu dan beramal...

Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
No comments:
Post a Comment