Sebagai seoarang muslim, harapan yang hakiki hanyalah kepada Allah SWT. Sekiranya bantuan kita berikan kepada sesiapa jangan mengharapkan balasan dan lupakan terus. Ini bertujuan untuk melatih diri menjadi ikhlas.
Tidak perlu fikirkan apa balasan yang kita dapat kalau kita memberi sumbangan tapi fikirkan apa sumbangan yang boleh kita boleh berikan. Kalau kita dapat melatih diri berfikiran sedemikian, insyaAllah hati kita akan jadi tenang. Harapan yang kita letakkan kepada makhluk adalah sia-sia kerana tiada yang akan kita dapat kalau tanpa keizinan Allah SWT. Jadi hadapkan hati terus dengan Allah SWT.
Selamat mencuba!
Marilah menuntut ilmu dan beramal
Hati orang beriman sentiasa dekat dengan Allah SWT
No comments:
Post a Comment