Semalam kawan lama saya telefon bertanyakan khabar. Dalam perbualan kami saya tanyakan umur anaknya sekarang yang sekarang sudah berumur 5 bulan. Hari ahad yang lepas saya menghadiri kenduri kahwin kawan yang sebaya umur dengan saya dan bertemu dengan rakan lain yang juga mendukung anak. Umur anaknya 6 bulan. Sempat saya bertanyakan khabar tentang rakan-rakan yang lain dan kebanyakan mereka sudah berkahwin serta mempunyai anak yang sudah hampir berumur 1 tahun.
Pada perkiraan saya, sudah terlalu lama saya menghabiskan persekolahan serta pengajian dan ramai sudah kawan-kawan yang dulu nya sering bersua tapi kini sangat jarang sekali. Apatah lagi masing-masing sudah berkerjaya, berkeluarga, berkereta dan membawa haluan masing-masing. Begitulah sunnatullah yang Allah SWT tetapkan untuk kita gunakan akal supaya berfikir akan kejadianNYA.
Saya cuma terfikir satu kebesaran Allah SWT yang maha kuasa. Bila di renung-renung kebanyakkan majlis kenduri kahwin rakan-rakan yang saya hadiri adalah bersama kawan-kawan saya yang juga telah bekerja, tapi masih belum berkereta.
Bukan isu yang besar sama ada hendak bertandang ke majlis walimatul urus naik motor, kereta atau kenderaan lain, tapi apa yang hendak saya highligh ialah setiap apa yang berlaku, apa yang dirancang, apa yang dilakukan dan sebagainya berada dalam takluk kuasa Allah SWT. Mungkin dari segi rasional ramai menganggap orang yang mempunyai kenderaan kereta contohnya akan mudah untuk ke mana sahaja yang dikehendaki walaupun dalam jarak yang jauh dan dengan berkereta perjalanan agak selesa bila dirancang serta bersedia dengan baik. Betul ke?
Perlu diingat bahawa tanggapan orang yang berkenderaan besar dapat ke mana sahaja yang diingini adalah tidak benar sama sekali jika tidak diizinkan Allah SWT. Tidak salah untuk memiliki kenderaan mewah atau sebagainya. Yang penting, apa yang kita lakukan ialah mesti ikhlas kerana Allah SWT. Pergi kenduri mesti kerana Allah WST. Menaiki kenderaan mesti kerana Allah SWT. Apa sahaja mesti kerana Allah SWT.
Marilah menunutut ilmu dan beramal..
Nabi SAW menggalakkan memiliki kuda yang hebat dan laju, boleh dibawa berjuang
No comments:
Post a Comment