Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Gambar dari:voice of human right
Aktivi hujung minggu ni...Semalam saya pulang ke kampung. Banyak betul kenduri kahwin tapi saya sempat menghadiri dua sahaja kenduri kawan saya. Kemudian, saya berniat untuk ziarahi Tok lang saya yang telah lama terlantar di atas tilam kerana mengidap lumpuh separuh badan.
Semasa tok lang sihat dulu, saya sering kali bersama beliau. Tok lang pernah ajak saya minum di kedai. Tok lang pernah ajar saya berzanji (walaupun sempat belajar sekejap). Tok Lang pernah ajar saya senaman orang lama. Tok Lang selalu datang rumah saya berbual dan lain-lain lagi.
Banyak pesanan cara orang dulu yang Tok lang turunkan kepada saya.
Semasa belajar dulu Tok lang pernah kata (yang saya ingat):
"kalau nak buat apa buat sungguh-sungguh"
"nak belajar, belajar sungguh-sungguh"
"mintak doa tiap lepas sembahyang"
"mintak doa sungguh-sungguh. tak pandai arab, doa lagu melayu pun tak"
Semasa bekerja sekarang Tok lang kata:
"buat apa-apa, ikhlas kerana Allah SWT"
"dapat duit, jangan guna kepada benda yang tak berfaedah"
"abah hang dah lama bekorban bagi hangpa(termasuk adik beradik) mengaji"
Sebelum pulang ke Ipoh, saya singgah melawat Tok lang. Saya bagi salam, Tok lang jawab tapi dia tak kenal siapa yang datang. Saya perkenalkan diri saya. Baru dia ingat dan mula bercakap-cakap. Mungkin dia kesunyian kerana rutin harian beliau hanya terbaring di atas tilam menunggu ihsan sesiapa sahaja yang membantu kalau dia nak mandi, makan, minum dan sebagainya.
Setelah beberapa lama, saya menyatakan hasrat memohon diri. Tersentuh hati saya kerana air mata Tok lang mengalir mungkin dia sebak...Semoga Allah merahmati Tok lang.
Marilah menuntut ilmu dan beramal
Menziarahi orang sakit dan orang tua mampu mendidik hati
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Pesan Tok Lang"
Post a Comment