Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Gambar dari:wikimedia
Saya teringat kata-kata abah yang sering diulang-ulang untuk menasihat kami adik-beradik. Abah berkata, "Mengajar dan mendidik tak sama, kalau mengajar kita bawak anak melintas jalan kita suruh anak tu lintas seoran diri dan kita tunggu di seberang jalan. Tapi kalau mendidik kita bimbing tangan anak itu dan kita sama-sama melintas jalan. Ibu bapa kena banyak mendidik daripada mengajar".
Dua perkataan ini nampak seakan-akan sama tapi berbeza sebenarnya. Kenapa kita perlu faham dua perkataan ini? Sebab..saya pernah dengar beberapa ibu bapa yang sering melaungkan "saya dah ajar anak saya belajar, buat itu.. buat ini...tapi dia malas..". Saya rasa ayat ini mengambarkan pendekatan yang diberikan oleh ibu bapa tersebut ialah mengajar atau menyuruh sahaja dan bukannya mendidik.
Jadi, kita perlukan belajar untuk mengajar. Bukan setakat nak jadi pengajar di sekolah atau institusi pengajian yang lain.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Satu ciri-ciri pengajar ialah belajar
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Antara Mengajar dan Mendidik"
Post a Comment