Gambar dari: Leah blog
Apa khabar semua? Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Salah satu cara mendidik hati supaya kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas ialah dengan menyembunyi sumbangan atau perbuatan baik kita terhadap manusia atau sebagainya.
Perbuatan yang dilakukan seperti memberi derma dan menolong orang secara tersembunyi pernah ditunjukkan oleh Khalifah Arrasyidin. Contohnya Saidina Ali R.A. yang mana beliau sering memberi sumbangan kepada janda secara tersembunyi. Para janda yang tinggal di zaman Saidina Ali sering mendapati ada bungkusan di depan pintu. Tetapi setelah kematian Saidina Ali tiada lagi sumbangan yang diperolehi para janda-janda.
Didik diri kita supaya apa sumbangan yang kita lakukan, tidak perlu di hebah-hebahkan kepada orang lain. Mudah-mudah hati kita dilatih untuk mengarahkan dirinya terhadap ALLAh SWT. Apa saja yang dibuat hanya kerana ALLAH SWT.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Hanya Allah SWT yang berhak menilai keikhlasan seseorang
No comments:
Post a Comment