Gambar dari: sekolah dasar
Minggu ini agak banyak kerja kerana ada kursus setiap hari, gotong-royong dan persediaan untuk kelas minggu depan belum sempurna lagi. Pagi tadi saya dapat satu surat untuk ke seminar bulan depan di KL. Sedangkan kursus dalaman juga telah menempah hari untuk dihadiri.
Baru masuk bulan ke-4 saya menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja. Saya merasakan tugasan sebagai pekerja kini semakin bertambah. Terfkir perkataan sibuk dalam diri. Tapi saya usaha sedaya mungkin melempar jauh perkataan sibuk daripada kotak fikiran saya sebelum dia bersarang dan mempengaruhi diri saya. Bukan apa bila kita fikir perkataan sibuk, kebarangkalian untuk kita tidak melakukan satu apa pun kerja adalah tinggi kerana kita bukan memikirkan apa yang kita perlu buat tapi kita fikirkan kita sibuk.
Dulu saya rasa hairan kenapa pensyarah saya kadang-kadang terpaksa tangguh atau ganti kelas sedangkan jadual untuk sesuatu mata pelajaran telas siap sedia dari awal semestar.Sekarang baru saya tahu bahawa kalau seorang pensyarah bukan tugasnya sebagai seorang pengajar, kalau seorang jururawat bukan tugasnya sebagai seorang perawat pesakit, kalau seorang juruteknik bukan tugasnya membaiki kerosakan mesin sahaja dan kalau seorang pelajar bukan tugasnya hanya belajar secara rasmi di institusi pendidikan semata-mata.
Sebagai manusia, banyak tugasan sampingan yang kita perlu laksanakan. Allah SWT bagi kita masa 24 jam sehari dan kita lah sendiri yang kena uruskan macammana 24jam itu diisi dengan penuh berhemah. Mudah-mudahan Allah SWT memberi kita kesempatan untuk kita menjalani hidup berlandaskan agamaNYA.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Hanya orang yang sibuk mempunyai masa
麟儿代孕网 -代孕,代孕资讯,代孕妈妈,代孕辅助生殖医院 || Lin Er Surrogacy - The surrogate knowledge, Surrogate mother,Assisted Reproductive Hospital
ReplyDelete