Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa khabar semua?
Masa bergerak seperti biasa sejak dahulu sehingga sekarang, tetapi pergerakkan masa itu dirasakan cepat oleh manusia. Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, hari berganti hari, jam berganti jam, minit berganti minit dan saat berganti saat. Hari ini dah 15 Syaaban, bermakna lagi separuh bulan untuk kita menyambut bulan mubarak iaitu Ramadhan.
Tiga bulan serangkai iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan hanya tinggal sebahagian sahaja lagi. Peluang masih diberi oleh Allah SWT untuk kita bertaubat dan menambah amal kebajikan.
Oleh itu, gunakan lah peluang ini dengan seadanya. Amalan yang hendak dilakukan mestilah berdasarkan ilmu dan ilmu yang dipelajari mestilah asli dari al-Quran dan hadith. Kaedah ilmu yang dipelajari mestilah melalui guru yang mempunyai susur galur dari Nabi Muhmmad SAW.
Marilah menuntu ilmu dan beramal...
Menuntut ilmu itu wajib bagi muslimin dan muslimat
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "3 Bulan Serangkai"
Post a Comment