Hobi merupakan aktiviti yang sering dilakukan berulang-ulang kerana keseronokan dan kepuasan dalam masa yang lapang. Hobi boleh di kategorikan kepada dua bahagian iatu: hobi yang bermanfaat dan hobi yang tidak bermanfaat. Contoh-contoh hobi ialah membaca, memancing, berenang, berbasikal, menonton dan sebagainya.
Kebanyakan orang yang mempunyai hobi akan berasa teruja apabila bercerita tentang hobinya. Ini kerana, mereka telah mahir dan faham apa aktivit yang mereka sering lakukan.
Hobi mungkin datang kepada seseorang disebabkan minat. Oleh itu, untuk menjadikan kita mudah belajar sesuatu yang baru atau seronok melakukan sesuatu pekerjaan baru, cuba jadikan perkara itu hobi. Tapi kenalah pandai mengurus masa. Jangan sampai hobi mengambil masa kita.
No comments:
Post a Comment