Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bulan Ramadhan ibarat sekolah atau institusi untuk kita melatih diri memperbanyakkan amal ibadah, bertaubat, melakukan senarai semak terhadap kehidupan kita. Adakah amalan kita sebelum Ramadhan tiba memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh Islam? Maka, ini lah bulan yang menjadi platform untuk kita muhasabah diri kita kerana Allah SWT memberi kemudahan kepada kita untuk melakukan amal dengan mengurangkan satu cabaran yang sering mengganggu kita untuk beribadat iaitu gangguan syaitan.
Cabaran yang masih lagi menuruti kita ke mana sahaja ialah nafsu. Nafsu merupakan halangan yang paling tinggi yang mesti setiap orang merempuhya. Nabi pernah menyatakan kepada sahabat-sahabat selepas peperangan bahawa akan ada satu lagi peperangan yang lebih besar iaitu peperangan hawa nafsu.
Salah satu cara menundukkan nafsu dengan tidak makan. Tapi, dugaan untuk menundukkan nafsu akan datang dari pelbagai sudut terutamanya luaran. Contoh yang mudah dilihat, ialah apabila tiba bulan Ramadhan, maka akan mucullah pasar Ramadhan yang menyajikan pelbagai jenis juadah. Pasar Ramadhan akan bermula sejak selepas zohor lagi.
Tidak salah untuk kita bertandang ke pasar Ramadhan untuk membeli makanan untuk berbuka puasa, tapi yang menjadi bersalah apabila pembaziran yang berleluasa. Kenapa pembaziran boleh berlaku? Sebab ramai yang berpuasa yang melayan nafsu makannya apabila pergi ke pasar Ramadhan. Apa sahaja yang teringin, semuanya nak beli, tapi apabila sampai waktu berbuka puasa, perut hanya dapat diisi dengan beberapa jenis makanan sahaja, maka berlakulah pembaziran.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: membazir itu saudara syaitan. Maka seronoklah syaitan, walaupun dia diikat tetapi masih ramai saudaranya yang sedang melakukan tugas-tugas syaitan di bulan Ramadhan.
Oleh itu, cuba kita muhasabah diri kita, adakah perbuatan kita berturutan dengan apa yang disarankan oleh Islam atau tidak?
Cuba ubah trend kita utuk bulan Ramadhan tahun ini dengang kurangkan ke pasar Ramadhan. Boleh pergi, tapi dapatkan perkara yang perlu dan terus balik. Kan boleh berjimat kalau masak sendiri ataupun pergi berbuka di masjid atau surau yang ada menyediakan majlis berbuka. Boleh dapat pahala berjemaah dan niat iktikaf.
Marilah menuntu ilmu dan beramal..
Bulan Ramadhan, bulan mengajar nafsu bukan melayan nafsu....
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Syaitan Gembira di Bulan Ramadhan"
Post a Comment