Tuesday, August 11, 2009

Pengalaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Secara logiknya, orang yang berpengalaman dalam satu-satu bidang ialah orang yang telah sekian lama melakukan, menempuh,berdepan, menjalani, melaksana, mengalami atau membuat sesuatu yang mempunyai kaitan dengan sesuatu bidang. Biasanya masa dijadikan pengukur penting bahawa seseorang itu boleh dianggap mempunyai pengalaman yang lebih atau kurang.

Sifir yang biasa digunakan ialah lebih lama bekerja lebih banyak pengalaman. Sebagai contoh, secara keseluruhan, orang yang bekerja sebagai seorang guru dalam tempoh 10 tahun dianggap lebih berpengalaman dalam keguruan daripada orang yang baru bekerja sebagai seorang guru baru 5 tahun.

Kalau sifir itu yang digunakan hanya orang tua sahaja akan mempunyai pengalaman lebih daripada orang muda. Betul tak?

Tapi hari ini kita tengok, ramai orang yang muda boleh melakukan kerja-kerja berbanding orang-orang lama kerana ilmu yang mereka ada tidak ada kepada orang-orang lama. Maka itu, orang muda juga boleh dianggap berpengalaman kalau mereka ada ilmu atau telah banyak melakukan kerja dan melaksanakan tugas-tugas yang banyak dalam sesesuatu bidang walau pun baru satu atau dua tahun berbanding dengan orang yang mungkin telah lama bekerja di satu tempat yang sama tapi tidak malakukan kerja yang dilakukan oleh orang muda itu.

Boleh disimpulkan bahawa orang yang banyak melakukan sesuatu kerja mungkin dalam tempoh 6 bulan boleh menjadi mahir dan dianggap berpengalaman kalau kerja itu dilakukan sepenuh masa 6 bulan tersebut. Cuba fikirkan.

Marilah menuntut ilmu dan beramal.

Orang mahir kerana telah banyak melakukan latihan

No comments:

Post a Comment