Thursday, September 17, 2009

Beringat di Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari dalam bulan Ramadhan 1430H telah sampai ke penghujungnya. Kesibukkan hari raya memang tidak dapat ditepis lagi. Kepada staff di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh mula bergerak ke kampung hari ini kerana esok telah dibenarkan bercuti. Begitu juga kepada sesetengah penduduk Malaysia yang mungkin telah berada di kampung dan akan bertolak ke kampung tidak berapa lama lagi.


Apa yang penting, dalam keseronokkan menyambut hari lebaran jangan terlalu gembira hingga terlupa untuk membayar zakat fitrah, terlupa untuk membantu orang yang susah, terlupa untuk membantu ahli keluarga yang bersusah payah menyediakan keperluan raya, terlupa untuk berhati-hati dijalan raya dan yang penting sekali apa yang kita laku mestilah tidak menyalahi apa yang dituntut oleh Allah SWT.


Bersempena Aidul Fitri yang bakal menjelma, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf tidak terhingga dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri Maaf Zahir dan Batin.


Marilah menuntut ilmu dan beramal...

Kawalan emosi untuk melalui apa jua keadaan sangat penting.

No comments:

Post a Comment