Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Gambar dari: primaironline
Hari ini keadaan jalan raya terutamanya lebuh raya dipenuhi dengan bermacam-macam kenderaan kerana tinggal beberapa jam lagi kita akan sambut hari lebaran. Ada yang berkereta, bermotosikal, van, bas dan sebagainya. Semoga perjalanan yang dilalui berada dalam keadaan selamat dan sampai ke destinasi yang diharapkan.
Sememangnya lumrah musim perayaan di mana keadaan jalan akan sesak kerana hampir seluruh masyarakat negara ini akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman dan menziarahi sanak saudara. Oleh itu, persediaan rohani dan jasmani adalah penting untuk pulang ke desa.
Antara perkara-perkara yagn perlu dipastikan sebelum bertolak ialah keadaan kenderaan berada dalam keadaan baik, rumah yang akan ditinggalkan berada dalam keadaan berkunci, pemandu tidak mengantuk dan sebagainya. Ini semua persediaan jasmani.
Bagaimana dengan persediaan rohani? Kita perlu bersedia dengan kesabaran, banyakkan berdoa mohon Allah SWT memberi keselamatan, tidak telalu gopoh, banyakkan bersenyum, bertoleransi, bertimbang rasa dan lain-lain lagi.
Mudah-mudahan Allah SWT memberi kita keselamatan dan kesejahteraan di mana sahaja kita berada.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Hari raya bukan sekadar untuk bersuka ria, tapi juga untuk melatih diri berakhlak mulia
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Bersedia Untuk Pulang Beraya"
Post a Comment