Maksiat yang dilakukan oleh seseorang sebenarnya dilakukan oleh anggota badan yang merupakan nikmat Allah SWT yang yang dianugerahkan kepada manusia. Ketika seseorang menggunakan anggota untuk melakukan maksiat bermakna dia telah menyalahgunakan nikmat yang Allah SWT anugerahkan dan mengkhianati amanah yang diberikan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Maka kamu adalah pengembala (pemimpin) dan kamu semua akan ditanya tentang pengembalaanya (kepimpinannya).
Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Umar R.A.
Mesti diingat bahawa semua anggota akan bersaksi di atas segala perbuatan manusia di Padang Mahsyar dengan member keterangan melalui pertuturan yang lancar dan terang. Anggota akan mendedahkan segala rahsia di depan perhimpunan agung Padang Mahsyar.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dihari itu( hari Qiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidahmu, dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di dalam dunia dahulu).”
(Surah An-Nur, ayat 24)
Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud:
“Pada hari ini (hari Qiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan Kami kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah perbuat (di dunia dahulu).”
(Surah Yassin, ayat 65)
Maka peliharalah baik-baik seluruh anggota kita khususnya anggota yang tujuh kerana pintu neraka itu tujuh pula dan telah ditentukan setiap pintu itu untuk dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan maksiat dengan salah satu anggota yang tujuh iaitu; mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.
Marilah menuntut ilmu dan beramal
Maksiat akan mengeraskan hati
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Maksiat Anggota Zahir"
Post a Comment