Tuesday, September 1, 2009

Mari Berjuang

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Gambar dari:bucf

Sejarah membuktikan bahawa bulan puasa bukan bulan yang melemahkan umat Islam. Nabi SAW bersama sahabat menawan Mekah dalam bulan Ramdhan. Iklim dan cuaca panas terik di negara Pantai Timur. Terdapat juga peperangan yang terjadi dalam bulan Ramadhan. Ini menganggabarkan bahawa, umat Islam terdahulu sangat hebat dan bertenaga.


Kita di Malaysia khususnya yang mengalami iklim kaltulistiwa, seharusnya tidak menjadikan letih kerana berpuasa di bulan Ramadhan sebagai alasan untuk tidak bekerja atau meninggalkan tugas harian. Sedangkan dari segi fizikal, cubaan kepanasan tidak sama seperti yang dialami di zaman Nabi dan para sahabat. Bulan ini kita digalakkan melebihkan amalan ibadat untuk akhirat dan mengurangkan amalan untuk dunia. Bukanlah meninggalkan dunia secara mutlak.


Oleh itu, tingkatkan perjuangan dalam bulan Ramadhan ini terutamanya menentang nafsu yang sentiasa menjadi penghalang kepada kebaikan.



Marilah menuntut ilmu dan beramal.




Perjuangan yang lebih besar ialah perjuangan menentang hawa nafsu

No comments:

Post a Comment