Saturday, September 12, 2009

Ramadhan Belum Berakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Ujian untuk menyempurnakan ibadah dalam bulan ini semakin mencabar walaupun syaitan masih belum terbuka ikatan yang membelengu dirinya. Kebanyakkan orang akan terpusu-pusu ke pusat membeli belah dan melakukan sepenuh persiapan untuk menyediakan rumah bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang. Tambahan pula, yang jauh sudah memikirkan persediaan untuk pulang ke kampung dan sebagainya. Sedangkan hari-hari dalam bulan Ramadhan masih ada!

Di awal Ramadhan kelihatan masjid dipenuhi dengan makmuk yang begitu teruja melaksanakan ibadah khususnya solat sunat terawih, tetapi sejak beberapa hari ini, keadaan masjid yang diamarahkan dengan meriah kembali suram seperti sebelas bulan sebelum Ramadhan.

Ramadhan belum berakhir. Peluang untuk kita memohon ampun dan menambah amalan masih terpampang luas. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ini lah masa untuk mencari malam mulia yang segandingan dengan seribu bulan iaitu Lailatul Qadar. Di sini kita dapat lihat bahawa, Allah SWT ingin melihat berapa ramai hambaNYA yang dapat bersabar dengan puasa sedangkan ganjaran pahala dipenghujung Ramadhan ini Allah SWT naikkan lagi dengan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada sesiapa yang beribadah dengan ikhlas di malam Lailatul Qadar.

Ayuh! Bangunlah! jangan mudah tertipu dengan nafsu yang pandai bersediwara untuk menyesatkan kita. Hari Raya adalah hari kemenangan kita yang berjaya melawan hawa nafsu, bukannya menang melayan hawa nafsu.

Marilah menuntut ilmu dan beramal..

Hari Raya adalah hari kemenangan kita yang berjaya melawan hawa nafsu, bukannya menang melayan hawa nafsu.

No comments:

Post a Comment