Wednesday, December 23, 2009

Berkat Ibu


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Satu kisah tentang Imam Syafie yang boleh dijadikan pengajaran kita bersama.



Imam Syafie dipelihara oleh ibu kandungnya tanpa bapa. Walaupun dia tidak berbapa, tetapi kehidupannya penuh dengan keberkatan sehingga di menjadi seorang ulamak besar yang berjasa ke seluruh dunia hingga akhir zaman. Pada suatu ketika beliau pulang ke pangkuan ibunya kerana telah sekian lama meninggalkan ibunya pergi merantau mencari ilmu. Oleh kerana beliau tersangat rindu kepada ibunya, beliau melulu pulang ke rumah ibunya dan mengetuk pintu dalam keadaan kelam kabut. Tujuannya untuk berjumpa dengan ibunya dengan kadar segera.


Namun, ibunya menegur beliau dari dalam rumah dengan mengatakan, " jika begini cara engkau mengetuk pintu, maka baik engkau kembali ke tempat engkau menuntut ilmu lagi...". Imam Syafie sangat taat kepada ibunya itu. Walaupun dalam keadaan sedih, beliau berpatah balik dan kembali untuk menuntut ilmu. Biarpun tidak sempat menatap wajah ibunya yang sangat di sayangi dan di rindui.


Berkat didikan seorang ibu, berkat ketaatan seorang anak. Maka itu, lahirlah seorang imam mazhab yang sangat unggul sehingga ke hari ini.


Imam syafie berpesan bahawa untuk menuntut ilmu mesti bersungguh-sungguh seperti seorang ibu yang mencari anak tunggalnya yang hilang.


Marilah menuntut ilmu dan beramal

No comments:

Post a Comment