Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Perbuatan ini menyakiti orang lain dan kadang-kadang menyentuh hal peribadi orang lain dan wujud perasaan riak sehingga memuji diri yang kononnya bersih dari kesalahan atau keaiban serta menganggap diri sendiri mempunyai ilmu yang tinggi. Petengkaran juga akan menimbulkan permusuhan yang berterusan kerana jika manusia bertengkar dengan orang jahil berkemungkinan akan muncul perasaan dendam untuk dia membalasnya di kemudian hari. Tidak mustahil orang yang terlibat dengan pertengkaran akan habis kesabarannya dan wujud perasaan dengki pada suatu hari nanti.
Gambar dari:detik forum
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan dia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah di tepi syurga. Dan barang siapa sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan dia adalah berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah di tempat tinggi di dalam syurga.
Orang yang bertengkar sebenarnya berpunca daripada syaitan yang menghasut supaya bertengkar. Jangan mudah tertipu dengan helah syaitan kerana syaitan selalu mengatakan:
“engkau mesti bertengkar dengan mereka kerana engkau adalah memperjuangkan kebenaran dan jangan berlemah lembut di dalam hal ini”.
Sumber:
Abu Hamid Al-Ghazali (meniggal pada tahun 505 H), terjemahan Abul Ali Al Banjari An Nadwi (1994). Bidayatul Hidayah. Kedah: Pustaka Alwasit Sdn. Bhd.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Jangan berdebat atau bertengkar dan membantah percakapan orang"
Post a Comment