Dosa mengumpat orang adalah lebih berat daripada tiga puluh kali ganda dosa berzina. Ghibah atau mengumpat bermaksud mengatakan apa sahaja tentang yang bersabit dengan seseorang, jika dia mendengar perkataaan tersebut tentu dia akan marah. Maka itu, orang yang mengumpat dikira zalim walaupun apa yang diperkatakan itu benar-benar terjadi kepada orang tersebut.
Jauhi juga umpatan atau perli ulama Su’(jahat). Umpatan ini tidak menggunakan bahasa yang jelas tapi mempunyai maksud yang sangat tajam. Contohnya: “mudah-mudahan Allah membaikkan halnya. Sebenarnya saya sangat dukacita mendengar apa yang telah dilakukannya. Saya selalu berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah memperbaiki keadaan kita dan keadaan dia”. Perkataan seperti ini mempunyai dua kesalahan. i) mengumpat orang kerana maksudnya sangat difaham dengan jelas.ii) membersih dan memuji diri sendiri dengan cara menyalahkan orang lain. Kalau niat kita baik seharusnya kita mendoakan orang tersebut secara tersembunyi dan bersendirian. Kalau tidak suka dengan perbuatan orang tersebut sepatutnya tidak membuka aib orang tersebut dihadapan orang lain. Jika kita menzahirkan kesusahanmu dengan aib orang itu, maka itu samalah seperti kita menzahirkan aibnya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“ dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseoran kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah menjadi bangkai? Maka sudah tentu kamu merasa jijik daripadanya.”
(Surah Al-Hujurat, ayat 12)
Daripada firman Allah SWT tersebut memberi gambaran bahawa orang yang melakukan ghibah atau mengumpat ibarat memakan bangkai saudaranya.
Cuba direnung kepada diri sendiri, bukankah diri kita sendiri pernah melakukan maksiat secara sendiri-sendiri dan terang-terangan? Begitu juga dengan orang lain, lemah dan berkemungkinan boleh melakukan maksiat. Kenapa kita asyik melihat kelemahan orang lain, sedangkan lupa kepada kelemahan diri sendiri. Sudah tentu orang itu tidak suka kelemahannya disebut-sebut seperti mana kita tidak suka orang menyebut-nyebut kelemahan diri kita.
Ingatlah bahawa kalau kita menutup kelemahan atau keaiban orang lain, maka Allah SWT akan menutup keaiban diri kita. Sebaliknya, kalau kita mendedahkan keiban orang lain, maka Allah SWT akan mendedahkan keaiban diri kita.
Seandainya seseorang itu melihat dirinya bersih daripada dosa, baik zahir atau batin dan melihat dirinya bersih daripada segala keaiban zahir dan batin berkenaan urusan agama dan dunia, maka ketahuilah bahawa kejahilan terhadap dirinya itu adalah sejahat-jahat kejahilan. Tiada aib yang lebih besar daripada seseorang yang menganggap dirinya bersih daripada segala dosa dan kesalahan.
Jika dirinya memang benar sangkaan bahawa dirinya tiada aib, maka banyakkan bersyukur kepada Allah SWT dan mengapa pula perlu memaki orang lain dan mempersendakan kesalahan mereka? Bukankah perbuatan itu merupakan keaiban yang besar pula?
Sumber:
Abu Hamid Al-Ghazali (meniggal pada tahun 505 H), terjemahan Abul Ali Al Banjari An Nadwi (1994). Bidayatul Hidayah. Kedah: Pustaka Alwasit Sdn. Bhd.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Salam
ReplyDeleteBro Fmtt, terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat menempuh alam rumahtangga!!! Hehe.
Lain benar panjang entry kali ini. Aku dapat rasakan sedikit ke emosi an dalam entry kali ini walaupun disulam dengan kata-kata berlapik. Hehe.
Anyways, gud luck bro. May Allah bless our life.