Assalamulaikum dan salam sejahtera...
Dalam kitab Penawar Bagi Hati, disebutkan bahawa Allah SWT melaknat orang yang menipu. Perbuatan menipu merupakan perbuatan yang boleh mendatang perpecahan dalam kalangan masyarakat kita khususnya sesama Islam. Sehingga perbuatan ini di misalkan nisbahnya lebih berat berbanding berzina. Ini kerana orang yang melakukan berzina dan mungkin akan bertaubat kepada Allah SWT kerana perbuatan zina dirasakan berdosa besar. Sebaliknya orang yang melakukan penipuan tidak rasa bersalah kerana merasakan perbuatan ini tidak berdosa besar, maka si penipu tidak mudah untuk bertaubat walaupun sering kali melakukan penipuan.
Dosa menipu melibat dua belah pihak iaitu dosa kepada Allah SWT dan dosa kepada yang kena tipu. Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang bersalah terhadap orang lain selagi orang yang menjadi mangsa tidak memaafkan si penipu. Orang yang menipu juga akan jauh daripada keimanan kepada Allah SWT. Ini kerana perbuatan menipu mungkin tidak diketahui oleh orang yang ditipu, tetapi Allah SWT maha mengetahui. Orang yang menipu seoalah-olah dia tidak meyakini bahawa Allah SWT sedang melihat dan mendengar apa yang sedang dia lakukan. Tidak meyakini dan mempercayai salah satu sifat Allah SWT akan merosakkan keimanan seseorang. Nauzubillah..
Marilah kita menuntut ilmu dan beramal...
Artikel berkaitan yang lainnya:
love it n terima kasih
ReplyDelete