Wednesday, December 23, 2009

PERKARA YANG MENGHARUSKAN MENGUMPAT


Dalam kita Bidayatul Hidayah, Imam Ghazali menyebut tentang larangan mengumpat sesama manusia kerana kesannya sangat teruk dalam kalangan masyarakat. Namun dalam keadaan tertentu terdapat beberapa perkaran yang mengharuskan mengumpat. Perkara tersebut ialah:


1. Ketika mengadu hal kezaliman orang lain terhadap kita di hadapan hakim dan seumpamanya dn maka ketika itu bolehlah kita mendedahkan keaibannya
2. Ketika bermesyuarat untuk memperbaiki kesalahan seseorang maka bolehlah kita menyebut kesalahannya di hadapan orang yang datang membantu kita memperbaiki kesalahannya.
3. Ketika kita meminta fatwa daripada mufti maka bolehlah kita menyebutkan kesalahan orang yang bersabit dengan soalan kita
4. Ketika kita memberi amaran kepada orang ramai supaya mereka tidak terikut-ikut dengan seseorang yang melakukan perbuatan yang salah maka terpaksa kita menyebutkan kesalah orang yang berkenaan supaya orang ramai jangan tertipu dengannya.
5. Ketika menyebut seseorang yang telah dikenali dengan aibnya seperti kita menyebut seorang yang mahsyur dengan nama: Mat pincang dan sebagainya
6. Menyebut kesalahan orang yang tidak malu menzahirkan kefasikkannya seperti orang yang suka minum arak di hadapan orang ramai

No comments:

Post a Comment