Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Allah SWT jadikan manusia sebaik-baik kejadian tidak kira lelaki atau perempuan. Perempuan atau wanita mendapat sanjungan tinggi dalam Islam. Oleh itu, wanita seharusnya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang hidup di muka bumi ini. Lantaran itu, bagi menjaga keselamatan dan kebahagiaan wanita ini, beberapa perkara dijelaskan sebagai panduan untuk dipatuhi agar golongan wanita yang istimewa ini. Terdapat beberapa perkara yang menjadi keringanan kepada wanita untuk mereka lakukan.
1. Berwuduk dan mandi wajib bersama suami dalam satu bekas
2. Pergi ke masjid atau surau
3. Beri’tikaf dalam masjid dalam keadaan beristihadhah
4. Tidak perlu mengqadha solat selama tempoh haid
5. Menjadi imam sesam wanita
6. Mengerjakan solat gerhana bersama lelaki
7. Berzikir ketika haid
8. Mewarna kuku ketika haid
9. Bersenggama dalam keadaan istihadah
10. Melihat aurat suami
11. Melabuhkan pakaian hingga ke buku lali
12. Keluar rumah untuk keperluan dan mustahak
13. Membelanjakan kekayaan suami dengan cara dibenarkan syarak
14. Memberi salam kepada lelaki bukan muhrim
15. Wanita dibolehkan memakai perhiasan emas dan kain sutera
16. Menziarahi kubur sebagai mengingati kematian
17. Berhias diri pada hari persandingan
18. Memohon talak untuk mengelak difitnah
19. Menawarkan diri berkahwin lelaki soleh
20. Menuntut ilmu yang dituntut syarak
Sumber:
Harun Arrasyid Tuskan (2000). 40 Perkara Yang Dibenarkan dan Dilarang Wanita Mengikut Hukum Syarak. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "20 Keringanan Kepada Wanita Menurut Syarak"
Post a Comment