Wednesday, January 20, 2010

20 Larangan Kepada Wanita Menurut Syarak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selain perkara yang dibolehkan kepada wanita untuk melakukan di dunia ini terdapat juga larangan yang mesti ditinggalkan oleh wanita. Larangan ini bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kebahagiaan kepada wanita itu sendiri dan orang lain juga.

1. Menyambung rambut (memakai sanggul)
2. Mencukur bulu kening
3. Keluar rumah memakai wangi-wangian
4. Menampakkan perhiasan kepada lelaki bukan muhrim
5. Menolak pelawaan suami ke bilik tidur
6. Membuka rahsia hubungan seks dengan suami
7. Berpuasa sunat tanpa keizinan suami
8. Membelanjakan harta suami tanpa keizinan
9. Meminta cerai suami tanpa alasan munasabah
10. Berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim
11. Ingkar terhadap kebaikan suami
12. Melihat lelaki bukan muhrimnya
13. Bersalaman dengan lelaki bukan muhrim
14. Menyerupai lelaki
15. Menceritakan rahsia wanita lain kepada suami
16. Memandang aurat wanita atau bergabung dalam satu pakaian
17. Merantau tanpa bersama teman muhrim
18. Keluar rumh tanpa urusan mustahak
19. Menghantar jenazah ke kubur
20. Bermandi di tempat awam.

Sumber:
Harun Arrasyid Tuskan (2000). 40 Perkara Yang Dibenarkan dan Dilarang Wanita Mengikut Hukum Syarak. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

No comments:

Post a Comment