Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hati kita mesti dijaga supaya akhlak kita menjadi cantik dan mendapat keredhaan Allah SWT. Justeru, elakkan diri daripada memuji diri sendiri.Memuji diri sendiri mengurangkan harga diri disisi manusia dan menurunkan kemurkaan Allah SWT. Bagaimana hendak mengetahui bahawa pujian diri sendiri tidak mendapat kesukaan di sisi orang lain? Lihatlah kepada orang lain yang memuji diri sendirinya di hadapan kamu. Dia menyebut-nyebut kelebihan diri dan kekayaannya, nescaya amat berat dirimu untuk menerima ucapan orang itu seoalah-olah menerima bebanan yang sangat berat. Malah lidah kamu berkehendak untuk mencaci orang itu. Begitulah halnya apabila engkau memuji dirimu sendiri di hati mereka ketika kamu masih berhadapan mereka kemudian mereka akan mencela kamu apabila kamu beredar dari sisi mereka.
Sumber:
Abu Hamid Al-Ghazali (meniggal pada tahun 505 H), terjemahan Abul Ali Al Banjari An Nadwi (1994). Bidayatul Hidayah. Kedah: Pustaka Alwasit Sdn. Bhd.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Jangan memuji diri sendiri"
Post a Comment