Banyak membaca dan berfikir dapat menjaga kesihatan akal, ingatan, keteguhan pendapat dan fikiran,
1. Hendaklah membaca walaupun sesaat dalam sehari dengan bacaan yang menyenangkan dan berfaedah. Jangan biarkan waktu hilang dengan percuma.
2. Jauhkan membaca bahan-bahan yang menaikkan syahwat
3. Jangan menilik kehidupan dan segala masalah dari kaca mata pihak lawanmu. Ingatlah bahawa tiap-tiap perkara itu selalunya mempunyai banyak hokum, sekurang-kurangnya dua hukum. Kerana dilihat dari pelbagai sudut.
4. Menghukum hendaklah insaf. Mengeluarkan pendapat hendaklah jujur. Mengeluarkan perkataan hendaklah benar. Pakailah keadilan walapun untuk diri sendiri.
5. Perkara-perkara kecil jangan menggoncangkan hati, kalau dibiasakan tergoncang hatimu lantaran perkara kecil, tengamu akan lemah mengahadapi perkara yang lebih besar.
6. Cukuplah persediaan kekuatan akal dan jiwa untuk menghadapi kesusahan dan perjuangan.
7. Sediakan masa satu jam atau setengah jam tiap hari untuk merehatkan akal dan tubuh. Kalau fikiran susah, duka, sediha dan marah, saat yang satu jam atau setengah jam itu dapatlah mengembalikan ketenangan fikiran (sakinah) dan keredhaan.
Perjuang hayat selalu menghendaki kepayahan akal. Akal yang menang, ialah akal yang selalu diasah dan diuji. Kalau akal ini dibawa berjuang, kerapkali dia menang dan sedikit kalahnya.

Sumber:
Prof. Dr Hamka (2001)Tasawuf Moden. Kuala Lumpur: Darul Nu’man
No comments:
Post a Comment