Wednesday, January 13, 2010

Sedekah Secara Senyap

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Banyak ganjaran yang dikurniakan Allah SWT kepada orang yang bersedekah secara bersembunyi. Sedekah secara senyap ini boleh dimaksudkan dengan perbuatan bersedekah dengan tidak menceritakan berapa jumlah yang diberikan kepada orang lain atau melakukannya dari penglihatan orang lain seperti yang dilakukan oleh Saidina Ali r.a yang memberi sedekah kepada janda-janda tanpa pengetahuan mereka.
Gambar dari:halidas
Dalam kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman, ada dinyatakan bahawa antara kelebihan bersedekah secara senyap ialah terhindar daripada kemurkaan Allah SWT. Selain itu, perbuatan ini dapat mengelakkan diri dari riak dan ujub serta muncullah keikhlasan dalam diri seseorang itu.

Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan kita untuk bersedekah.


Teruskan menuntut ilmu dan beramal..

No comments:

Post a Comment