Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Menurut Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, emosi dan perasaan akan bergolak di sebabkan dua perkara iaitu kegembiraan yang melonjak dan musibah yang dahsyat. Keterangan ini merujuk kepada sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku melarang dua ucapan yang bodoh lagi tercela; keluhan ketika mendapat nikmat dan umpatan ketika mendapat musibah"
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hadid ayat 23 yang bermaksud:
"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak bergembira(secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu."
Sesiapa yang mampu menguasai perasaannya dalam setiap peristiwa sama ada yang memilukan atau yang menyeronokkan maka dia lah orang yang mempunyai iman yang kukuh dan keyakinan yang teguh. Natijahnya, orang itu akan beroleh kenikmatan dan kebahagiaan kerana kejayaannya mengawal nafsu.
Emosi yang tidak dikawal hanya akan meletihkan, menyakitkan dan meresahkan diri. Contohnya, dalam keadaan marah, seseorang itu sukar untuk mengawal diri sendiri sehinggakan tubuh badannya akan gementar, mudah memaki hamun orang, nafasnya akan bedegup laju dan dia cenderung untuk bertindak membuta tuli mengikut nafsu tanpa sebarang kawalan.
Manakala dalam keadaan yang gembira, seseorang itu akan menikmati dan meraikan kegembiraan yang dialami dengan berlebihan sehingga lupakan Allah SWT.
Oleh yang demikian sabarlah ketika menghadapi musibah dan syukurlah ketika berdepan dengan nikmat. Tuntutlah ilmu dan beramal.
Sumber:
Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni .La Tahzan: Jangan Bersedih. Selangor: Jasmin Interprise
No comments:
Post a Comment