Sunday, May 22, 2011

Maksiat Sebagai Punca Kesusahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Antara punca kesusahan hidup di dunia ialah melakukan maksiat. Jangan kita pandang remeh kepada maksiat yang mungkin dianggap kecil kerana kita tidak tahu setakat mana tahap kemurkaan Allah SWT terhadap maksiat yang dilakukan walaupun maksiat tersebut di anggap kecil oleh manusia.
Beberapa kesan kepada orang yang melakukan maksiat ialah:
  1. Perhubungan dengan Allah SWT terganggu
  2. Makhluk akan semakin terasa asing dengan Allah SWT
  3. Murung yang berlarutan
  4. Kehadiran rasa takut dan goncangan dalam hati
  5. Hidup yang serba sukar
  6. Hati yang keras dan gelap
  7. Muka yang muram
  8. Adanya sifat benci yang kental dalam hati setiap makhluk
  9. Rezeki yang sempit
  10. Ada kemarahan Yang Maha Pengasih, iman yang menurun, di timpa musibah dan kesedihan.
Elekkan diri melakukan maksiat. Banyakkan mengisi masa dengan menuntut ilmu dan beramal dengan ilmu yang dipelajari berlandaskan syariat.
Sumber:
Dr. Aidh' Al-Qarni(2009). Jangan Bersedih. Kuala Lumpur: Jasmin

No comments:

Post a Comment