Tuesday, June 28, 2011

Mutiara Kata Al-Qarni 60

Dirimu memiliki organ tubuh yang sempurna, iaitu dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki, dan lidah. Engkau juga mempunyai iman, ilmu dan rasa aman. Kenapa masih tidak bersyukur? Tidakkah anda ingat firman Allah SWT yang bermaksud: Maka nikmat Tuhan yang kamu dustakan?(Surah Ar-Rahman:13).



Nikmat Allah SWT kurniakan kepada kita tidak terhingga dan tidak terhitung, tetapi adakah kita bersyukur? Dalam Al-Quran, Allah SWT peringatkan kita dengan jelas bahawa ramai orang yang hidup ini tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakanNYA.

No comments:

Post a Comment