Permintaan tolong daripada orang lain kepada mu adalah nikmat maka janganlah merasa jemu sehingga malah berbalik menjadi petaka. Ketahuilah sesungguhnya saat terbaik dalam hidupmu adalah saat dirimu diperlukan dan bukan memerlukan.
Manusia yang tinggi nilainya adalah manusia yang sering memberi pertolongan biarpun bantuan yang diberi tidak dibalas dengan kebaikan. Ini kerana, pertolongan adalah nikmat daripada Allah SWT yang sangat berharga dan manusia di kira mulia kerana diperlukan oleh orang lain bukannya mengharapkan bantuan orang lain.
No comments:
Post a Comment