Tuesday, July 12, 2011

Mutiara Kata Al-Qarni 46


Jika engkau memohon atau mengadu keadaanmu kepada Allah SWT dalam sujud-sujudmu maka sampaikanlah dengan suara perlahan kerana sesungguhnya DIA maha mendengar dan maha mengetahui segala yang tersamar. Jangan perdengarkan permintaanmu itu kepada orang lain di sampingmu. Sesungguhnya kecintaan ditandai dengan kerahsiaan sementara manusia bersifat iri lagi dengki.

Allah SWT maha mendengar lagi maha mengetahui. Oleh itu, mohonlah kepada Allah SWT dengan penuh beradab dan berakhlak. Jangan ceritakan permintaan kita kepada orang lain kerana kita tidak tahu apa isi hati orang lain. Tidak ramai manusia yang mampu menyimpan rahsia.

No comments:

Post a Comment