Kenikmatan dunia hanyalah fatamorgana. Penderitaan atau musibah adalah penghapus dosa. Kemarahan adalah api yang menhanguskan. Waktu kosong adalah kerugian dan ibadah adalah perniagaan.
Keseronokan dunia hanya sementara sahaja dan mungkin apa yang ingin capai dengan kenikmatan dunia hanya sekadar memenuhi kehendak mata. Tetapi penderitaan yang ditanggung merupakan kifarat dosa bagi mereka yang redha dan sabar atas ujian yang melanda. Masa hidup yang tidak diisi dengan aktiviti yang berfaedah merupakan kerugian yang sangat besar. Sebab itu lah Allah SWT bersumpah dengan masa dalam surah al-Asr yang mana demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Amal ibadah yang dilakukan merupakan perniagaan yang sangat menguntungkan oleh sesiapa sahaja yang mengerjakannya.
minta share ye :)
ReplyDelete