Tuesday, July 19, 2011

Ramadhan Sudah Tiba

Antara Hikmah Puasa Di bulan Ramadhan

  1. Melatih diri supaya ikhlas kepada Allah SWT- Keikhlasan seseorang hanya boleh dinilai oleh yang Maha Pencipta. Puasa merupakan ibadah wajib yang mesti dilakukan oleh individu muslim dan sesiapa sahaja berpuasa dengan ikhlas akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda. Oleh kerana ibadah ini hanya diketahui oleh pelakunya sahaja, maka amat rugilah kepada sesiapa yang tidak melakukannya dengan ikhlas.
  2. Melatih diri beramanah- Muslim yang melakukan ibadah ini dengan sempurna menandakan dia seorang yang beramanah kerana puasa hanya diketahui oleh yang melaksanakannya sahaja. Umpanya, jika dia yang sedang berpuasa dan tatkala  dia pulang ke rumah dengan membeli makanan untuk berbuka  puasa tiada sesiapa yang ada. Dia tidak memakan makanan tersebut, tandanya  dia seorang yang amanah dalam berpuasa.
  3. Melatih diri bersabar- Ibadah puasa mengambil masa 12 jam sehari bagi seseorang supaya menahan lapar, dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Oleh yang demikian, kesanggupan seseorang melaksakan ibadah ini dengan sebaik mungkin melatih dirinya  bersabar.
  4. Melatih diri insaf- Rasa lapar dan dahaga yang dialami  oleh orang yang berpuasa adalah  berbeza-beza. Mungkin sesetengah  orang merasa lapar pada waktu  tengahari ataupun  petang. Rasa lapar ini sebenarnya menginsafkan kita bahawa ramai lagi manusia yang ada di atas muka bumi ini yang kelaparan kerana kemiskinan atau dilanda musibah.

No comments:

Post a Comment