Wednesday, August 10, 2011

Stage Ramadhan Pertama Selesai

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekejap sahaja masa berlalu. Hari ini merupakan hari ke 10 kita menjalani ibadah puasa. Ini bermakna kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup di bulan yang mulia  ini dalam masa 20 hari lagi. InsyaAllah.

Alangkah  ruginya kita, jika 10 hari yang lepas tidak diisi dengan amalan yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Ini kerana, masa yang telah pergi tidak mungkin  akan kembali.

Bagi mereka yang tidak lalai, madrasah Ramadhan ini akan dirasakan semakin seronok kerana dapat melakukan pelbagai jenis amalan. Contoh yang mudah, jika seseorang yang istiqamah dengan membaca Al-Quran satu juzuk sehari, maka hari ini dia telah masuk juzuk ke 10. Jika seseorang itu berselawat 1000 kali sehari, hari ini dia sudah mencukupi 10000 kali.

Lantaran itu, kita tidak perlu resah dengan masa yang telah pergi. Mari kita fikirkan masa yang ada sekarang ini dan jika dipangjangkan umur kita masih masih diberi masa untuk 20 hari yang akan datang.

Tukarkan pemikiran kita. Mari kita beramal.

Selamat menjalani ibadah puasa.

No comments:

Post a Comment