Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tinggal 10 hari sahaja lagi Ramadan akan melabuhkan tirainya. Maka, tibalah Aidul fitri.
Dalam tempoh sepuluh hari ini ada dua perasaan yang wujud dalam diri manusia Islam iaitu suka dan duka terhadap Ramadan.
Mungkin sesetengah orang merasai kedua-dua serentak. Mungkin hanya merasai salah satu sahaja.
Apakah yang menyebabkan kita rasa sedih? Mungkin:
- Tak pasti lagi umur kita masih panjang untuk habiskan 10 hari yang terakhir ini.
- Tak sempat nak beramal dalam 20 hari Ramadan yang lepas
- Tak tahu masih ada peluang nak jumpa Ramdan yang akan datang
- Tak sempat nak beli kelengkapan raya lagi
- Lambat lagi nak raya
Apakah yang menyebabkan kita rasa suka? Mungkin:
- Ada malam lailatulqadar dalam 10 malam terakhir Ramadan.
- Boleh tambah amalan
- Raya dah nak dekat
- Semua kelengkapan raya dah beli, tunggu nak guna sahaja
Apapun perasaan kita sama ada suka atau duka. Semoga kita dapat hadapinya dengan tenang. Sesungguhnya Allah SWT yang membolak balikkan hati manusia. Mudah-mudahan hati kita masih dapat dikawal untuk suka dan duka kerana Allah SWT.
Semoga Allah menerima serta memberkati segala amalan kita. Ameen.
ReplyDelete