Friday, September 30, 2011

Memilih Yang Terasing

Kuthbah Jumaat di Pusat Islam Politeknik Seberang Perai membicarakan tentang "Yang Terasing".

Maksud "yang terasing" di sini ialah Islam.

Islam datang dengan cara yang terasing dan akan kembali dengan cara yang terasing.

Pada zaman sekarang ini, Islam dilihat seperti terasing. Umpamanya:


  • orang yang buat amal kebajikan lebih sedikit daripada orang yang buat maksiat
  • orang yang pergi ke masjid atau surau lebih sedikit berbanding orang yang pergi ke tempat-tempat maksiat.
  • orang yang menuntut ilmu agama lebih sedikit lebih sedikit daripada orang yang menuntut ilmu keduniaan
  • orang yang memakai pakaian bercirikan Islam tidak sebanyak orang yang meniru pakaian bangsa bukan Islam.

Meskipun, Islam dianggap asing, namun ia merupakan agama yang suci dan sebenar-benar agama yang diiktiraf oleh Allah SWT.

No comments:

Post a Comment