Saya merupakan salah seorang jutaan penduduk negera Malaysia yang tidak bekerja sendiri.
Maknanya, saya ada bos.
Anda bagaimana?
Adakah anda seorang bos? Kalau anda bos pun, saya dan anda tetap sama dalam bab rezeki.
Apa yang samanya?
Ya, bukan anda atau bos yang boleh beri rezeki kepada kita tetapi Allah SWT yang beri rezeki kepada kita.
Video Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid | Bukan Bos Kita Yang Bagi Rezeki
Video Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid | Bukan Bos Kita Yang Bagi Rezeki |
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda sebuah video Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid yang berjudul Bukan Bos Kita Yang Bagi Rezeki.
Anda boleh lihat video di bawah ini untuk mendapatkan penjelasan yang tepat. Namun, saya ada sediakan skrip yang saya oleh ikut kefahaman saya sendiri.
Video ini memang bagus untuk kita faham tentang rezeki yang sepatutnya kita faham.
Kata-Kata Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
"Kalau kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, Allah akan bagi rezeki.. Bukan sebab kamu yang bagi rezeki.. Bukan kerja kamu yang bagi rezeki.. Bukan bos kamu yang bagi rezeki.. Allah yang bagi rezeki"
Pertama sekali, rezeki adalah sesuatu yang berhubung kait dengan bertawakkal.
Apa erti Tawakkal?
Meninggalkan kebergantungan kepada sebab kepada kebergantungan kepada musabbib. Bukan meninggalkan sebab, tetapi kebergantungan kepada sebab.
Apa yang saya faham daripada erti tawakkal di atas adalah kita memang perlukan sebab tetapi kita sebab tidak akan boleh memberi kesan tanpa keizinan musabib (Allah SWT).
Contoh orang yang meninggalkan sebab adalah bila sakit kita tidak mencari rawatan atau ubat kerana kesembuhan datannya dari Allah SWT.
Habis itu, ilmu perubatan yang Allah SWT berikan kepada doktor bukankah untuk merawat orang yang sakit?
Kalau kita tidak pergi berubat, bererti tidak bergunalah ilmu perubatan yang Allah SWT kurniakan kepada doktor.
Pergi sahaja berubat! Insya-Allah penyakit itu akan Allah SWT sembuhkan.
Satu lagi contoh yang salah adalah apabila ada orang yang tidak mahu bekerja dan duduk rumah sahaja kerana rezeki akan datang dari Allah SWT.
Oleh kerana rezeki di tentukan oleh Allah SWT. Kita kerja atau tidak kerja rezeki akan datang.
Tetapi cuba anda fikir kalau anda lapar jangan makan. Kalau haus jangan minum. Haus dan lapar juga dari Allah SWT.
Allah SWT bagi rasa lapar sebab Allah SWT mahu berikan rezeki makanan kepada kita. Allah SWT beri rasa haus sebab Allah SWT mahu beri kita rezeki minuman.
Cuba baca balik definisi tawakkal itu tadi. Tawakkal bererti meninggalkan kebergantungan kepada sebab. Bukan meninggalkan sebab.
Ertinya kita ambil sebab itu tanpa bergantung kepada sebab itu.Yang mengizinkan sebab itu berkesan hanyalah Allah SWT.
Allah SWT akan beri rezeki seperti burung. Bangun pagi lapar, keluar cari makan balik petang kenyang dan boleh bagi makan kepada anaknya. Burung itu mana ada pejabat. Burung itu mana ada sijil pun boleh makan.
Allah SWT beri kita iman dan akal fikiran tetapi fikirannya tentang kemiskinan di masa hadapan lebih daripada kebergantungan kepada Allah SWT.
Untuk faham lebih tentang cara tarik rezeki yang berkesan dan melimpah ruah ikuti langkah Formula Rezeki Ini.
Klik --->>> Formula Rezeki Ini.
Terima kasih kerana sudi membaca Artikel Bukan bos kita yang bagi rezeki
No comments:
Post a Comment