Alhamdulillah Syukur.Setelah sekian lama saya menanti, akhirnya Allah SWT mengizinkan buku Menyingkap Tirai Syukur diterbitkan oleh mustread sdn.bhd. Terima Kasih mustread sdn.bhd.
Buku kecil ini cukup bermakna buat diri saya dan keluarga. Semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk saya terus menulis bagi berkongsi sesuatu yang bermakna dengan masyarakat. Tolong doakan saya.
Terima kasih kepada adinda saya Hishamudin Mohamad Twon Tawi yang telah mereview buku ini dalam blog beliau. Saljuhumairah.
Sebagai tatapan semua bolehlah anda merujuk maklumat dibawah.
Tajuk: Menyingkap Tirai Syukur
Penulis: Faizal Mohamad Twon Tawi
ISBN: 978-967-0392-12-7
Harga : RM 12.90 / RM 15.90
SINOPSIS
Bersyukur merupakan perbuatan yang dituntut oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Malahan, seluruh makhluk menyenangi orang yang mempunyai sifat mulia ini.
Lantaran itu, timbul dalam jiwa untuk mengamalkan perbuatan ini dalam kehidupan kita. Namun begitu, bagi kita yang masih kurang mengenali secara dekat apa itu syukur. Mungkin tertanya-tanya beberapa soalan seperti di bawah ini:
· Apakah yang dimaksudkan dengan syukur?
· Kenapa kita perlu bersyukur?
· Apakah kesannya jika kita tidak bersyukur?
· Bagaimana membentuk diri supaya bersyukur?
· Adakah contoh kisah-kisah orang yang gemar bersyukur?
· Apakah tanda-tanda orang yang bersyukur?

Insya-Allah, segala persoalan-persoalan di atas bakal dijawab dalam buku yang ringkas ini. Semoga Allah SWT meletakkan kita dalam golongan orang yang bersyukur.
p/s: Sebuah buku ringkas untuk mengajak kita mendalami apa erti syukur.
tetbaik dan tahniah...
ReplyDelete