Bertemu Janji Allah ( siri 2 )
oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Harga: RM17.00/RM20.00
ISBN: 978-967-5249-01-3
Tarikh Terbit: November 2008
Jumlah Muka Surat: 224
___Sinopsis_________________________________________________
Manusia di sisi Islam tidak diukur semata hanya kerana kejayaan mereka menguasai kehidupan dunia, tetapi kejayaan hakiki adalah sejauh mana mereka berusaha menyingkap segala keperluan hidup yang abadi iaitu akhirat. Hitam putih kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup semasa di dunia. Allah SWT telah mendatangkan para rasul-Nya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia.
Kegagalan mangikut apa yang telah diperintahkan Allah SWT akan menimpalah azab daripada-Nya. Keresahan di Mahsyar tidaklah dapat dibayangkan, sehingga mata yang melihat akan terbelalak dengan azab itu. Meminta tolong pun tiada guna kerana orang lain juga menanggung azab yang sama.
Kata Hasan al-Basri, pada hari itu semua muka manusia terpaksa memandang ke atas, kerana mereka tidak mahu memandang sesama manusia yang berwajah sedih, cemas dan resah disebabkan masing-masing dalam keresahan.
Buku ini mengajak pembaca menyelusuri jalan-jalan di Mahsyar yang menyayat hati. Dengan mengikuti huraian tentang hari kiamat dan alam akhirat, Tok Guru cuba mendorong kita menjadi mukmin yang cintakan akhirat, kerana di sanalah kesenangan abadi. |
No comments:
Post a Comment